Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027: Afiq Fazail tunjangi jentera tengah Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

line-up-bola.jpg
Afiq Fazail, Akhyar Rashid dan Paulo Josue antara nafas baru yang dibawa masuk ke dalam kesebelasan utama Harimau Malaysia menjelang pertemuan dengan Chinese Taipei malam ini.

Malaysia akan meneruskan kempen pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dengan menentang Chinese Taipei di Stadium Perbandaran Taipei sebentar lagi.

Selepas membuka kempen dengan kemenangan dramatik 4-3 ke atas Kyrgyzstan di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Khamis lalu, sudah pasti Harimau Malaya diharapkan dapat mengekalkan momentum kemenangan berdepan pasukan di ranking ke-152 dunia itu.

Dalam ketiadaan pertahanan tengah Sabah FC, Dominic Tan, yang disahkan tidak beraksi ekoran masalah kecederaan, dan pemain Dewa United, Junior Eldstal, bakal bergandingan bersama Dion Cools di bahagian pertahanan.

Pengendali pasukan, Kim Pan-gon, turut memberikan kepercayaan kepada pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Afiq Fazail untuk bertindak sebagai nadi pasukan di bahagian tengah, mengisi kekosongan ditinggalkan Brendan Gan.

Penyerang KL City FC, Paulo Josue, turun sebagai penyerang utama menggantikan tempat Darren Lok . 




 

Advertisement

Must Watch Video