Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Dunia 2026: Kevin Diks gagal lunas penalti, Indonesia ketinggalan di Sydney

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

indonesia-kevin-diks.jpg
Indonesia ketinggalan dengan dua jaringan dalam separuh masa pertama ketika berdepan Australia dalam aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Allianz, Sydney.

Skuad serba baharu Indonesia bertandang ke Australia untuk perlawanan pusingan ketiga untuk layak ke Piala Dunia, dengan kehadiran Patrick Kluivert hadir sebagai ketua jurulatih. 

Tuan rumah kelihatan gugup di awal permainan, membenarkan Indonesia mengawal rentak sehingga berjaya mendapatkan sepakan penalti -- Kevin Diks dipertanggungjawab untuk melunas jaringan, namun sepakannya sekadar menggegar tiang gol. 

Australia dihadiahkan sepakan penalti selepas Nathan Tjoe-A-On menjatuhkan pemain Australia dan Martin Boyle tenang melepaskan rembatan leret menewaskan Maarten Paes pada minit ke-18.
 

Indonesia terus dirundung malang apabila gerakan cemerlang Australia untuk mengatasi pertahanan terakhir menyaksikan Nishan Velupillay menewaskan Paes dalam situasi satu lawan satu dua minit kemudian. 
 

45 minit pertama Indonesia terus berdepan kekecewaan apabila mereka dihambat gol ketiga perlawanan Australia pada minit ke-35 menerusi Jackson Irvine.

 

Advertisement

Must Watch Video