Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Kelayakan Piala Dunia 2026: Keadaan terkini padang Indonesia sebelum bertemu Arab Saudi, lawanya!

screenshot-2024-11-19-132426.png
Menjelang perlawanan di antara Indonesia dan Arab Saudi dalam Kelayakan Piala Dunia 2026, segalanya tampak teratur dan berjalan lancar terutamanya persediaan untuk mempersiapkan padang. 

Melalui Instagram @love_gbk pada awal pagi Selasa, pihak Stadium Gelora Bung Karno (GBK) menyatakan bahawa keadaan terkini rumput di padang itu berada dalam keadaan baik.

Secara keseluruhan daripada gambar-gambar yang dipamerkan, situasi padang GBK berada dalam kualiti tersendiri dan hampir di seluruh lapangan -- kondisi rumput terlihat hijau secara menyeluruh, kecuali sedikit di bahagian sepakan sudut.

"Kami terus berusaha melakukan perawatan menjaga kualitas lapangan SUGBK dalam kondisi baik. Tak lupa kami ucapkan terima kasih atas masukan dan perhatian yang luar biasa dari #GBKPeople dan seluruh pecinta sepak bola Indonesia," tulis pihak GBK melalui Instagram.
 

Keadaan rumput GBK kembali menjadi bualan setelah mendapat kritikan daripada pemain Indonesia dan Jepun. Keadaan rumput yang tidak sempurna juga disebut menjadi salah satu alasan kenapa pemain pertahanan Indonesia, Kevin Diks, mengalami kecederaan lalu direhatkan menentang Arab Saudi.

Advertisement

Must Watch Video