Pasukan Indonesia berpotensi menambah mata FIFA yang besar jika mampu menewaskan Arab Saudi dalam Kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Utama Gelora Bung Karno, malam ini.
Kekalahan Indonesia di tangan Jepun membuatkan pasukan Garuda kehilangan -2.93 mata dalam ranking FIFA. Namun, skuad kendalian Shin Tae-yong berpeluang meraih mata yang sangat besar jika mampu mengalahkan Arab Saudi.
Berdasarkan data Football Ranking, skuad Indonesia berpotensi mendapat +19.16 mata ranking FIFA jika mengalahkan Arab Saudi. Sementara jika perlawanan berakhir dengan keputusan seri, maka Indonesia akan mendapatkan +6.66 mata.
Jika kalah, Indonesia akan kehilangan -5,84 mata sebaliknya jika Arab Saudi mampu menewaskan Indonesia pasukan yang digelar The Green Falcons itu hanya boleh mendapatkan +5.83 mata.
Skuad Garuda ketika ini berada di ranking 130 ranking FIFA berbanding dengan Malaysia yang kini huni ranking ke-128.
Zaki Zainal
Tue Nov 19 2024