Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Dunia 2026: 5000 sedia tawan Sydney, Indonesia yakin tewaskan Australia

garuda.jpg
Jangkaan seramai 5000 penyokong Indonesia akan terbang ke Stadium Bolasepak Sydney bagi menyaksikan perlawanan menentang Australia menjelang pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 yang akan bermula minggu depan.

Sang Garuda berpeluang mengukir sejarah terbaru untuk melayakkan diri ke kejohanan paling berprestij dunia itu selepas mempamerkan persembahan memukau sepanjang aksi kelayakan setakat ini.

Kehadiran legenda Belanda, Patrick Kluivert, menggantikan Shin Tae-yong sudah pasti akan memperkasa skuad Indonesia supaya mencapai objecktif yang ditetapkan. 

 

Ketika ini, Indonesia menduduki tempat ketiga dalam Kumpulan C dibezakan satu mata dengan Australia. 

Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI) turut mengumumkan tiket bertemu Bahrain telah habis terjual. 

Indonesia akan menerima kunjungan Bahrain di Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK), Senayan, Jakarta Pusat, pada 25 Mac 2025.

Advertisement

Must Watch Video