Pemangku Sultan Johor merangkap pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mencemar duli dengan bukan sahaja memastikan Harimau Malaya menjalani persiapan terbaik, malah turut mengikuti sesi latihan yang dijalankan.
Dalam satu hantaran di Instagram, Tunku Ismail meletak kapsyen 3 pagi sebagai isyarat betapa komited pemain-pemain untuk menyarung jersi Malaysia.
Skuad kebangsaan memulakan latihan pertama di bawah tunjuk ajar ketua jurulatih baru, Peter Cklamovski, di Pusat Latihan JDT, Padang Seri Gelam di Johor, malam tadi.
Skuad negara akan menggunakan tempoh sembilan hari ini untuk mengadakan persiapan menghadapi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal di Stadium Sultan Ibraim, Selasa depan.
Cklamovski menyenaraikan 27 pemain untuk jadual antarabangsa kali ini dengan tiga pemain selebihnya dijangka diisi oleh pemain warisan.
Kelibat bekas ketua pasukan kebangsaan yang sebelum ini dalam barisan kejurulatihan JDT, Aidil Zafuan Abd Radzak, termasuk jurulatih-jurulatih skuad B-23 seperti Nafuzi Zain dan pembantunya, Hairuddin Omar, turut kelihatan dalam program latihan malam tadi.