BOLA SEPAK MSIA

Kelayakan Piala Asia: Safee anggap Faisal Halim sudah sedia pikul watak utama

Stadium Astro
Shaiful Shamsudin
24/03/2025
08:18 MYT
Sponsor Banner
Kelayakan Piala Asia: Safee anggap Faisal Halim sudah sedia pikul watak utama
Bekas penyerang sensasi negara, Safee Sali, percaya ketua jurulatih, Peter Cklamovski, tahu apa yang ingin dilakukan dalam melakukan percaturan terbaik berdepan Nepal dalam Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027, malam esok.
Khidmat Dion Cools kini ditagih di posisi pertahanan kanan tatkala Syamer Kutty Abba di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) sudah diuji sebagai pertahanan tengah menjelang aksi berkenaan.
Sekiranya berlaku perubahan di posisi berkenaan, skuad negara dijangka tampil dengan kekuatan berbeza.
"Saya tetap memilih Stuart Wilkins kerana dia merupakan pemain tunjang pasukan kebangsaan untuk kebelakangan ini.
"Dia tahu corak permainan skuad negara untuk bergandingan dengan Endrick Dos Santos," katanya di Nadi Weekend.
Ia juga apabila Cklamovski kehilangan Natxo Insa di bahagian tengah akibat kecederaan dan kemungkinan tidak dapat mempertaruhkan Arif Aiman Hanapi di jentera serangan.
Arif Aiman yang juga tonggak Johor Darul Ta'zim (JDT) lewat dua hari menyertai latihan pasukan memandangkan baru pulih daripada kecederaan.
"Setelah ketiadaan Darren Lok, saya ingin melihat Faisal Halim kembali dalam kesebelasan utama sebab dia sudah bangkit daripada masalah.
"Dia harus diberi kepercayaan dan keyakinan untuk masa depan.
"Kita juga ada Haqimi Azim Rosli, Akhyar Rashid dan Safawi Rasid untuk di bahagian serangan," kata Safee yang telah 76 kali mewakili negara.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video