BOLA SEPAK
Kelayakan Piala Asia: Safawi cari sentuhan penyudah
Tempoh hampir seminggu skuad kebangsaan menjalani sesi latihan bersama membolehkan Kim Pan-gon membuat persediaan lebih teratur menjelang dua aksi persahabatan bertemu Brunei dan Hong Kong.
Lebih-lebih lagi melibatkan Safawi Rasid yang kemarau jaringan bersama skuad kebangsaan sejak 2019 bagi menghadapi tugas penting mengharungi pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2023, bulan depan.
Hasrat yang ingin ditunaikan pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu pasti mustahil andai Pan-gon tidak mempertaruhkannya di jentera serangan.
Iklan
Dia mengakui berdepan kesukaran untuk mencetak jaringan sejak tiga tahun lalu, tetapi menolak istilah hilang tuah di depan gawang.
Setiap kali diberikan peluang, Safawi menegaskan hasratnya cuma satu iaitu memastikan jaringan buat negara.
"Sudah lama kami tidak bermain di gelanggang sendiri.
"Ia peluang terbaik bagi saya dan pasukan untuk melakukan sesuatu buat Malaysia," katanya dalam latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya, petang tadi.
Kombinasi kali ini turut menimbulkan persoalan menerusi kelibat pemain lama dan baru.
"Kami nak bersama-sama, (baik) pemain muda, senior dan naturalisasi yang datang.
"Ini adalah detik terbai untuk kami layak," katanya lagi.
Must-Watch Video