Penyerang negara, Paulo Josue, optimis kemampuan barisan kejurulatihan baru Harimau malaya untuk melonjakkan prestasi skuad kebangsaan ke tahap lebih tinggi selepas ini.
Menjelang aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia menentang Nepal di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri minggu depan, Josue berharap setiap pemain yang terpilih dapat membalas kepercayaan ketua jurulatih, Peter Cklamovski, dengan menunjukkan kebolehan sebenar mereka di atas padang.
"Seperti yang kita tahu, dia (Cklamovski) datang ke sesi latihan KL City untuk melihat kami berlatih dan selain itu, dia juga ada datang ke Cheras untuk menonton perlawanan kami," katanya dalam sidang media seperti yang dilaporkan wartawan Astro Arena, Kamal Nizam.
"Dia berada di sana untuk melihat tahap perlawanan dan liga di sini dan melihat apa sahaja maklumat yang diperlukannya.
"Kami akan melihat sepanjang minggu ini untuk staf kejurulatihan menyalurkan segala maklumat mengenai Nepal.
"Kami perlu bersedia dengan sebaik mungkin dan kami perlu meningkat setiap hari dengan menjadi lebih baik dalam setiap sesi latihan.
"Apabila kami tiba pada hari perlawanan, ia akan membuatkan kami lebih mudah selepas kami memahami bola sepak yang kami berlatih selama ini," katanya.