Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia: Kawal apa kita boleh kawal -- Cools

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dion-cools.jpg
Tonggak Harimau Malaya, Dion Cools, kekal tenang dalam menangani isu luar padang apabila tidak membiarkan kontroversi kes pemain warisan mengganggu fokusnya atau prestasi pasukan.

Pertahanan Cerezo Osaka itu percaya sikap tenang dan disiplin mental adalah kunci untuk menghadapi cabaran seterusya bertemu Nepal dalam pusingan kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Selasa depan.

Nasib Harimau Malaya masih belum diputuskan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ketika ini sedang berkira-kira untuk membawa kes itu ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) selepas rayuan mereka ditolak Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Seandainya keputusan di CAS tidak memihak FAM, hukuman susulan dijangka dikenakan terhadap Harimau Malaya, antaranya pemotongan mata dalam kempen kelayakan Piala Asia.

Ia membabitkan dua perlawanan yang melibatkan tujuh pemain berkenaan, iaitu bertemu Nepal dan Vietnam, pada ketika skuad negara kini sedang mendahului Kumpulan F dengan 12 mata hasil empat kemenangan berturut-turut.

"Sudah pasti kami akan kawal apa yang kita boleh kawal dan buat ketika ini, pemain dan staf hanya mahu melakukan tugas kami dan memastikan kita layak ke Piala Asia," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Saya fikir kami memiliki kualiti yang mencukupi untuk bersaing di peringkat Asia, jadi kami hanya perlu meneruskannya, berlatih dengan gigih dan ayuh menang perlawanan ini.

"Sudah pasti kami sedar akan isu itu tetapi kami tidak banyak bercakap mengenainya.

"Kami hanya meneruskan tugas kami dan kami amat gembira dapat bersama kerana kami amat gemar untuk berada di sini.

"Suasana dan latihan berlangsung baik. Saya fikir kami semua memiliki mentaliti sama untuk memenangi perlawanan ini."

 
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video