Pemain Terbaik Perlawanan ketika Harimau Malaya mengalahkan Vietnam malam tadi, Joao Figueiredo, teruja apabila dapat membantu skuad kebangsaan dalam penampilan sulungnya.
Tonggak Malaysian Abroad berusia 29 tahun itu menyifatkan aura penyokong di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebagai antara faktor utama pencetus semangat untuk memburu jaringan biarpun buntu dalam babak pertama perlawanan kelayakan Piala Asia 2025.
"Apa yang paling penting bukanlah jaringan saya tapi kemenangan (untuk Malaysia).
"Persembahan kami bagus tapi kami akan terus tingkatkan (prestasi).
"Saya gembira dan bangga untuk berada di sini," katanya dalam sidang media selepas perlawanan.
Pemain kelahiran Brazil itu turut memberi jaminan dia akan sentiasa memperbaiki segala kelemahan yang ada demi memastikan hasrat Malaysia layak pentas Piala Asia Arab Saudi 2027 tercapai.
"Sejak hari pertama menjejak kaki di sini lagi peminat sudah mengalu-alukan kedatangan saya dan kehadiran mereka di stadium melonjakkan motivasi kepada kami," katanya.