Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, mengalu-alukan kembalinya Harimau Malaya ke laman keramat, Stadium Nasional Bukit Jalil, sambil mengakui teruja untuk melihat suasana meriah stadium yang dipenuhi penonton pada hari perlawanan.
FAM mengumumkan hari ini bahawa Malaysia akan berdepan Vietnam bagi kelayakan Piala Asia di SNBJ pada 10 Jun.
"Segala persiapan SNBJ memang untuk Harimau Malaya. Ini rumah Harimau Malaya jadi kami memang mengalu-alukan berita baik ini," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Iliyas Jamil, menjanjikan persiapan venue lebih-lebih lagi dalam memastikan padang dalam keadaan optimum menjelang aksi kemuncak Liga Malaysia (Liga-M) itu.
Hannah ditemui dalam sidang media Kempen Belia Bebas Dadah yang memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) baharu menerusi kerjasama PDRM, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dan PSM untuk menidakkan penggunaan dadah oleh belia dalam semua acara di dalam fasiliti Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
"Kami bersedia untuk (anjurkan) perlawanan akhir Piala Malaysia, (ASEAN All-Stars) lawan Manchester United dan seterusnya bertemu Vietnam.
"Jurulatih bola sepak kebangsaan juga sudah datang (pantau keadaan padang), sebab itu dia putuskan untuk adakan perlawanan di sini," katanya pula.