BOLA SEPAK MSIA

Kelayakan Piala Asia: Harimau Malaya adalah ujian yang sukar -- Jurulatih Nepal

Stadium Astro
Saufi Tahir
25/03/2025
13:43 MYT
Kelayakan Piala Asia: Harimau Malaya adalah ujian yang sukar -- Jurulatih Nepal
Ketua jurulatih Nepal, Matt Ross, tidak menolak kem negara merupakan cabaran yang sukar namun tetap optimis pasukannya akan memberikan aksi yang kompetitif dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2027 di Iskandar Puteri, sebentar lagi.
Skuad Nepal mencipta sensasi tersendiri selepas menewaskan Singapura 1-0 meskipun berada di ranking ke-175 dunia.
"Kami beraksi dengan baik di Singapura, kami tahu Malaysia adalah ujian yang sukar tetapi kami menjangkakan aksi yang kompetitif," katanya.
Ketika ditanya mengenai kehadiran pemain berpengalaman seperti Rohit Paudel dan Rohit Chemjong, dia menjelaskan: "Mereka pemain senior, mereka ketua sama ada dalam mahupun luar padang.
"Mereka memberikan keyakinan buat pemain lain yang pertama kali beraksi, mereka penting buat kami." tambahnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video