LIGA SUPER MSIA
Kelayakan Piala Asia: Faisal Halim kembali perkuat Harimau Malaya
Faisal Halim kembali dalam senarai Harimau Malaya selepas setahun.
Penyerang Selangor itu antara 27 pemain yang diumumkan ketua jurulatih baru kebangsaan, Peter Cklamovski, di Wisma FAM sebentar tadi bagi persiapan bertemu Nepal dalam kelayakan Piala Asia 2025, 25 Mac ini.
Kali terakhir Faisal beraksi untuk negara adalah pada 24 Mac 2024 ketika bertemu Oman dalam pusingan akhir Piala Asia.
Iklan
"Kami telah melihat setiap profil untuk maju ke depan. Dia seorang positif dan menarik di atas padang. Kami tidak bergantung sorang pemain semata-mata.
Berikut adalah senarai 27 pemain yang bakal menyarung jersi Harimau Malaya! 👏👏#NadiArena pic.twitter.com/5OVMdEOHkS— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) March 13, 2025
"Kami telah bercakap minggu lalu untuk melihat keinginan, pemikirannya dalam situasi ini. Saya lihat matanya dia dan mendapati dahagakan dan bersemangat untuk diserapkan dalam pasukan.
Dalam masa sama, Cklamovski yang ditemani Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Rob Friend, menjelaskan keberangkalian pengumuman mengejut dalam masa terdekat mengenai melibatkan beberapa tonggak lagi.
Must-Watch Video