Perpindahan mega ke Cerezo Osaka menjadi motivasi tambahan buat tonggak pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools.
Cools muncul pemain terakhir negara yang melaporkan diri dalam kem latihan pusat skuad negara kelmarin bagi persediaan menghadapi Vietnam dalam kelayakan Piala Asia, Selasa depan.
"Saya gembira untuk berada dalam kem kebangsaan dan bangga menyertai Cerezo Osaka.
"Saya tidak sabar lagi untuk pertemuan pada Selasa depan dan cabaran baru," kata pemain yang sudah membuat 31 kemunculan antarabangsa itu.
Pemain kacukan Malaysia-Belgium ini hadir dengan semangat berbeza selepas melengkapkan penghijrahannya daripada Buriram United ke Cerezo Osaka.
Ia secara tidak langsung menjadikan pertahanan kebangsaan itu sebagai pemain pertama negara yang beraksi dalam Liga J1 di Jepun selepas kelibat Hadi Fayyadh dalam Liga J2, manakala Luqman Hakim Shamsudin dalam Liga J3.
Justeru, Cools bertekad mencipta kemenangan ke atas skuad kendalian Kim Sang-sik itu biarpun melalui tempoh persiapan yang singkat.
"Ia mungkin agar janggal pada awalnya kerana kami perlu menyesuaikan diri dalam soal komunikasi.
"Namun, kami akan bercakap bahasa yang sama di atas padang. Kami cuba mencapai keserasian ketika latihan.
"Sesetengah pemain sedar betap getirnya pertemuan dengan Vietnam dan selebihnya, saya akan cuba menekankan kepentingan.
"Saya memiliki keyakinan kami mampu mengalahkan Vietnam biarpun sudah lama berlalu.
"Selasa ini merupakan satu peluang menarik untuk melakukannya," katanya.