Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia: Corak permainan menarik antara agenda jumpa Vietnam

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

harimau-malaya.jpg
"Saya tidak ambil peduli siapa yang mereka pilih", demikian kata ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, yang tampak tiada isu dengan pemilihan pemain untuk skuad ASEAN All Stars yang akan berentap dengan Manchester United di Stadium Nasional Bukit Jalil, 28 Mei ini.

Dalam perkongsian bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, pengendali dari Australia itu menegaskan fokus utamanya adalah persediaan menghadapi ujian getir menentang Vietnam untuk kempen kelayakan Piala Asia, 10 Jun depan. 

Sergio Aguero, Dominic Tan dan Haziq Nadzli difahamkan menjadi tiga nama awal yang dicadangkan untuk perkuat skuad ASEAN All Stars.

Namun, Aguero dan Dominic dikatakan tidak dapat berbuat demikian berikutan mendapat panggilan negara untuk kem latihan pusat yang akan bermula 18 Mei ini. 

Lantaran itu, Ahmad Khuzaimi Piee dan Declan Lambert disebut-sebut akan mewakili ASEAN All Star walaupun belum ada pengesahan rasmi setakat ini.

"Pastinya saya akan turun menontonnya tetapi tidak begitu gusar dengan pemilihan pemainnya. 

"Fokus saya terarah sepenuhnya kepada persiapan pasukan kebangsaan menerusi latihan berpusat untuk menghadapi perlawanan getir, Vietnam. 

"Kami mahu menonjolkan satu bentuk persembahan ketika berdepan lawan handalan yang boleh dibanggakan penyokong," katanya. 

Sementara itu, difahamkan seorang jurulatih yang kini bertugas dengan sebuah kelab Liga Perdana Inggeris menjadi pilihan Cklamovski untuk menggantikan Mark Milligan bagi mengisi jawatan penolong jurulatih negara.

Milligan yang juga bekas kapten The Socceroos mengambil keputusan untuk meninggalkan kelab itu April lalu setelah mendapat tawaran sebuah kelab di Australia.

"Ramai jurulatih hebat mahu ke sini disebabkan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. 

"Kami tidak terburu-buru dalam membuat keputusan. Kami sedang mengusahakan prosesnya," katanya. 
 

Advertisement

Must Watch Video