Kehangatan aksi pembukaan pusingan ketiga kelayakan Piala Asia kian hangat menjelang pertemuan Malaysia menentang Nepal di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri hujung bulan ini.
The Gorkhalis baru sahaja melantik ketua jurulatih baru, di mana individu yang dipilih untuk mengisi jawatan itu ialah pengendali dari Australia, Matt Ross, yang menggantikan tempat ditinggalkan Vincenzo Annesse pada 3 Mac lalu.
Menariknya, Ross merupakan sorang pemandu bas di Frankfurt sebelum melatih pasukan FFC Frankfurt memenangi Liga Juara-Juara Eropah Wanita pada 2015.
Laman Nepali Football Update berkongsi fakta menarik mengenai pengendali itu.
"Dari memandu bas di sekolah isterinya di Frankfurt hingga memimpin FFC Frankfurt meraih kemenangan Liga Juara-Juara Eropah Wanita pada 2015, perjalanan Ross amatlah inspiratif.
"Tempohnya sebagai pembantu jurulatih pasukan wanita Korea Selatan sejak Disember 2019 lalu turut menonjolkan kepakarannya."