Kelayakan Piala Asia B-17 menjadi medan penilaian sebenar prestasi skuad B-16 kebangsaan.
Ia berikutan slot kelayakan hanya diberi kepada juara kumpulan, dan ketua jurulatih B-16 negara, Javier Ribera, menegaskan bahawa tiada jalan lain buat anak buahnya selain memenangi sekurang-kurangnya empat perlawanan dalam kempen Kumpulan C itu yang bermula Sabtu ini.
"Kami mahu layak. Kami perlukan empat kemenangan dan mungkin hanya mampu seri sekali.
"Hanya sebuah pasukan yang akan layak secara automatik.
"Ia rumit tetapi kami perlu menghadapi setiap perlawanan seperti perlawanan akhir," kata pengendali berusia 37 tahun kelahiran Sepanyol itu.
Cabaran getir daripada Vietnam, Singapura, Hong Kong, Kepulauan Mariana Utara dan Macau menanti, lantas Ribera menuntut skuad muda negara bermain seperti setiap pertemuan umpana perlawanan akhir.
"Kelima-lima pasukan mempunyai kekuatan berbeza jadi setiap aksi ibarat perlawanan akhir," katanya.