Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul John, mengesahkan aksi Kelayakan Piala Asia peringkat kumpulan di antara Nepal menentang Malaysia bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Ketidaksediaan venue menjadi punca utama perlawanan yang sepatutnya dianjurkan oleh Nepal di laman sendiri itu, tidak dapat dijalankan.
Selepas menjalani dua sesi pemeriksaan, Stadium Dasharat yang terletak di Wilayah Kathmandu, Nepal itu tidak menepati piawaian yang ditetapkan AFC menurut Windsor.
Hanya venue perlawanan sahaja yang beralih ke Kuala Lumpur manakala tarikh perlawanan 18 November 2025 kekal seperti yang termaktub dalam jadual perlawanan.
Untuk rekod, Harimau Malaya menewaskan Nepal 2-0 dalam aksi pertama pusingan Kelayakan Piala Asia di Stadium Sultan Ibrahim Mac lalu menerusi jaringan Hector Hevel dan Corbin Ong.
"Kami sudah mendapatkan ketetapan dan telah dimaklumkan perlawanan Nepal-Malaysia akan berlangsung di SNBJ. Kita sudah melakukan dua pemeriksaan di Nepal dan mendapati mereka tidak memenuhi kriteria untuk bertindak sebagai venue perlawanan November ini.
"Bukan melibatkan pergolakkan yang berlaku di sana namun piawaian stadium itu yang tidak berjaya mencapai tahap yang dimahukan."