'Main di Stadium Sultan Ibrahim', itu pilihan bekas pemain negara, Asmawi Bakiri, sambil menyifatkan peluang memulakan kempen Kelayakan Piala Asia di laman sendiri adalah bonus buat Harimau Malaya.
Ia bagi melunaskan misi layak ke pusingan akhir kejohanan dengan aksi di laman sendiri mampu beri kelebihan buat Peter Cklamovski melakukan debut idaman.
Nadi Arena pada Sabtu melaporkan penyokong negara berpeluang melihat penampilan Harimau Malaya baru seawal 25 Mac ini, selepas Konfederasi Bola Sepak Asia mengesahkan aksi kelayakan Malaysia bertemu Nepal akan diadakan di Malaysia.
"Ini adalah kelebihan buat pasukan Malaysia berdepan Nepal. Walaupun mereka berada di ranking lebih bawah berbanding Malaysia, tetapi ini adalah peluang buat kita memperoleh kemenangan serta suntikan moral dalam usaha memastikan slot ke pentas Piala Asia 2027," kata Asmawi.
Setiausaha Agung (AFC), Datuk Seri Windsor Paul berkata pihaknya kini menunggu jawapan rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk pemilihan stadium di Malaysia.
"Saya lebih tertarik kepada SSI. Usaha Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ismail yang menyediakan fasiliti yang terbaik dengan kualiti padang yang terbaik buat barisan pemain negara."