BOLA SEPAK

Kelayakan Piala Asia 2027: Mana Arif Aiman dan Natxo Insa?

Stadium Astro
Ammar Hakim
19/03/2025
08:59 MYT
Sponsor Banner
Kelayakan Piala Asia 2027: Mana Arif Aiman dan Natxo Insa?
Kelibat bintang sayap kanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Md Hanapi tidak kelihatan dalam kem latihan skuad Harimau Malaya mula menghadirkan tanda tanya.
Skuad Harimau Malaya kendalian Peter Cklamovski sedang membuat persiapan dan menjalani kem latihan di Johor Bharu menjelang aksi pertama Kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal 25 Mac ini.
Pemain telah mula menjalani latihan sejak Isnin, rata-rata pemain kelihatan berusaha menyesuaikan diri dengan gaya permainan yang diketengahkan Cklamvoski.
Kehadiran pembantu jurulatih JDT, Aidil Zafuan Abd Radzak dan penjaga gol muda berbakat, Christian Abad dapat dilihat sejak sesi latihan pertama.
Apa yang menghadirkan tanda tanya, kelibat Arif Aiman tidak kelihatan ketika mereka semakin hampir untuk menghadapi aksi bertemu Nepal.
Selain Arif Aiman, ketiadaan Natxo Insa turut menjadi persoalan dalam kalangan peminat Harimau Malaya setelah mempamer persembahan hebat bersama JDT.
Sehingga kini, tiada sebarang kemas kini atau pengumuman oleh pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenai status kedua-dua tonggak JDT ini bersama Harimau Malaya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video