Skip to main content

Bola Sepak

Kelayakan Piala Asia 2027: Kenapa Sumareh?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sumareh.jpg
Selepas hampir 10 jam senarai skuad Harimau Malaya di bawah era jurulatih baru, Peter Cklamovski diumumkan, rata-rata peminat tempatan mempersoalkan mengapa bekas penyerang Sri Pahang Mohamadou Sumareh dipanggil menyertai kem tersebut.

Terdahulu, pengendali kelahiran Australia itu menyenaraikan 27 bintang terkemuka tanah air bagi membantu Harimau Malaya melayakkan diri secara merit ke Piala Asia Arab Saudi 2027. 

Terdapat beberapa nama yang menjadi bualan peminat tempatan apabila melihat Nazmi Faiz Mansor, Afiq Fazail dan Natxo Insa kembali dipanggil untuk memperkasa bahagian tengah juara Pestabola Merdeka 2024 itu.

Namun, pertikaian hangat melibatkan kehadiran Mohamadou Sumareh itu menimbulkan perdebatan sensasi terhadap pemilihan pemain Johor Darul Ta'zim itu di segenap sosial media hari ini.




Pemain warisan berusia 30 tahun itu merekodkan sembilan penampilan sahaja sepanjang musim ini dalam tiga pertandingan utama, Liga Super, Unifi Piala Malaysia dan Piala FA. 

Untuk rekod, Sumareh pernah dinobatkan sebagai Pemain Tengah Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2019 ketika mewakili Sri Pahang, sebelum ini. 

Tidak dinafikan, pengalaman luas yang dimiliki oleh Sumareh dalam pentas antarabangsa sudah pastinya menjadi penyebab utama dipilih oleh Cklamovski.
 

Advertisement

Must Watch Video