MALAYSIA 14 GUAM 1
Skuad B-16 negara menjadikan Guam mangsa belasahan apabila merekodkan kemenangan 14-1 dalam pusingan kelayakan Kejohanan AFC 2018 di Stadium Wibawa Mukti, Bekasi, petang tadi.
Selepas menumpaskan Singapore 6-1 dalam aksi pembukaan, skuad kendalian Lim Teong Kim itu mempamerkan watak garang untuk memberikan tekanan ke atas Jepun yang terlebih dahulu mengungguli Kumpulan J hasil kemenangan 20-0 ke atas Guam, beberapa hari lalu.
Kemenangan besar skuad B-16 negara disumbangkan oleh jaringan hatrik Aiman Haikhal Azman manakala Alif Mutalib, Danish Ishak serta Danial Amali -- yang masuk sebagai pemain gantian - mencetak dua gol.
Masing-masing satu gol selebihnya adalah daripada Ikhwan Hafizo, Aleff Haedi Za Ba, Harith Naem Jaineh, Umar Hakeem Suhar Redzuan dan Faiz Khairi.
Gol sagu hati Guam diperolehi menerusi sentuhan Kyle Ko Halehale pada penghujung perlawanan.
Malaysia, selaku penganjur pusingan akhir, akan membuat perhitungan dengan juara dua kali, Jepun, untuk merebut tempat teratas kumpulan pada Ahad ini.
Pencapaian tertinggi Malaysia setakat ini adalah pusingan suku akhir pada edisi 2014 sebelum tewas kepada Australia.
Kredit imej: Football Association of Malaysia (Official)