Skip to main content

Bola Sepak

Kelantan FC terus kecundang, JDT makin garang

kelantan-fc-jdt.jpg
Walaupun beberapa pertukaran jurulatih dan pemain dilakukan pihak pengurusan Kelantan FC, ia masih tidak mampu untuk meningkatkan prestasi pasukan dari Pantai Timur itu. 

Ini terbukti apabila pasukan kendalian Angel Alfredo Vera itu tumpas dengan jaringan yang besar kepada juara Liga Super sembilan kali berturut-turut Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ismail, Kota Bharu, malam tadi, dengan memanggil beberapa muka-muka baru daripada skuad Kelantan B-23 seperti Firdaus Harnodin.





Namun, ia masih tidak mampu menampung kekurangan yang mereka ada.




Ini terbukti apabila The Red Warriors dibaham dengan mudah oleh Harimau Selatan dan ini pasti akan memeningkan kepala Vera untuk menyusun kembali skuad kendaliannya dan meningkatkan keyakinanan setiap pemain-pemainnya. 

Bagi JDT pula, kemenangan ini sudah pasti melegakan pengendalinya Esteban Scolari kerana terus mendominasi carta liga serta ketekalan menembusi pintu gol lawan dengan jaringan melebihi dua gol. 

Ia menunjukkan bahawa kualiti setiap pemain JDT itu tidak pernah merosot sekali pun.

Dengan prestasi itu juga kelab yang dimiliki Tunku Ismail Sultan Ibrahim ini telah mengumpul 67 jaringan dan ia juga merupakan rekod baru dalam Liga Super setelah memadamkan rekod jaringan yang pernah dibuat Selangor pada 2009. 

Ini juga sejarah baru dicipta oleh Harimau Selatan dalam arena bola sepak negara apabila berjaya mengumpul jumlah jaringan yang besar itu walaupun masih ada lagi baki perlawanan yang perlu dilalui dalam pusingan kedua Liga Super musim ini.

Kejayaan itu sudah pasti mendorong pemain-pemain Harimau Selatan ingin terus mengekalkan prestasi mereka supaya dapat memberikan aksi yang terbaik mereka dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL).




Situasi ini juga memberikan gambaran yang positif yang mana pemain-pemain JDT sentiasa bersedia bersaing sesama sendiri dan selain mengekalkan prestasi pasukan.

Inilah kebijaksaan yang ditonjolkan oleh pengurusan Harimau Selatan apabila mengambil pemain-pemain yang mempunyai kualiti setanding dan mengikut falsafah kelab sehingga boleh mengekalkan reputasinya.


 

Advertisement

Must Watch Video