Skip to main content

Bola Sepak

Kelantan Darul Naim mohon SSI sebagai gelanggang tuan rumah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kelantan-mohon-guna-ssi.jpg
Pasukan dari pantai timur, Kelantan Darul Naim FC hari ini mengesahkan telah membuat permohonan kepada pihak MFL untuk menggunakan Stadium Sultan Ibrahim sebagai gelanggang tuan rumah bagi aksi minggu ke-11 Liga Super Malaysia 2024/25.

Menerusi satu hantaran di laman sosial, Presiden KDN FC, Rozi Muhamad berkata, pihaknya telah mendapat persetujuan bersama dengan JDT berhubung perubahan venue itu susulan Stadium Sultan Muhammad IV masih dalam proses naik taraf sehingga pertengahan Oktober depan.

Beliau berkata, pihaknya telah mengambil pertimbangan setiap aspek dengan mengambil kira jadual perlawanan yang telah dikeluarkan oleh MFL untuk memilih SSI sebagai gelanggang tuan rumah KDN FC.

“Stadium Sultan Muhammad IV terpaksa ditutup buat sementara waktu bagi proses naik taraf jadi kami memohon agar venue perlawanan Liga Super dengan JDT diubah ke SSI. Bagi pihak KDN FC, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana memberikan kebenaran dan hak kepada kami untuk menjadi tuan rumah di SSI".

“Bagaimanapun ketika ini pihak kami masih menunggu kebenaran daripada MFL berkenaan perubahan venue ini. Pemilihan venue SSI ini juga dibuat memandangkan perlawanan seterusnya KDN FC adalah menentang Negeri Sembilan FC di Paroi pada 27 September 2024".

“Oleh kerana lokasi kedua-dua venue berada berdekatan maka KDN FC bersetuju mengalihkan perlawanan ke SSI kerana dapat menjimatkan kos pengurusan".

“Kami sedar bahawa permohonan ini adalah di luar kebiasaan namun kami berharap MFL dapat mempertimbangkannya dengan mengambil kira masalah penutupan venue KDN FC” katanya.

Kelantan Darul Naim FC dijadualkan untuk menentang JDT dalam aksi Liga Super Malaysia minggu ke-11 pada Ahad, 22 September 2024.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video