Skip to main content

Bola Sepak

Kelab tempatan New Zealand uji Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

malaysia-harimau-malaya.jpg
Sebuah kelab ternama dalam kancah tempatan akan menjadi medan ujian buat Harimau Malaya sebelum mengharungi perlawanan antarabangsa Tier 1 di New Zealand, Isnin depan. 

Kelab tempatan yang belum dinamakan itu akan menjadi aksi pemanas badan buat skuad kebangsaan Jumaat ini sebelum mengharungi perlawanan antarabangsa dengan The All Whites berkenaan. 

Barisan Harimau Malaya itu tidak berlengah sebaik menjejaki Auckland dan menjalani latihan keduanya pada tengah hari tadi waktu tempatan. 

Barisan kendalian Pau Marti Vicente itu berlatih di bawah suhu sekitar 19 darjah celsius sebagai persediaan menghadapi tuan rumah di Stadium North Harbour yang dijangka di bawah suhu 18 darjah celsius.




 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video