Pemain Liga Wanita Nasional, Steffi Sarge Kaur, menyuarakan kekecewaan apabila usaha mereka membantu pasukan muncul juara serta melangkah ke Kejohanan Asia tidak diberikan penghargaan yang sewajarnya.
Steffi yang memuat naik keluhannya menerusi story Instagram, berkongsi dengan latar belakang yang memaparkan wang hadiah yang dimenangi barisan skuad wanita England yang menjuarai Kejohanan Eropah baru-baru ini.
Dia menulis, "Biar saya kongsikan kesukaran dialami kami di Malaysia. Pada tahun 2024, kami bermain untuk kelab Liga Wanita Kebangsaan (bukan pasukan MBSJ), kami bekerja keras, bermain bersungguh-sungguh menjadi Juara malah layak ke AFC tahun ini.
"Kelab ini menerima hadiah wang RM80,000 kerana memenangi liga tahun lepas. Dan setiap pemain hanya menerima RM300. Tiada penjelasan, tiada pecahan.
"Dan ia sangat menyedihkan kerana kebanyakan kami yang menjadikan juara kelab dan layak ke AFC memilih untuk tidak kekal dan pergi walaupun kami berpeluang bermain di AFC."

Selepas mengharungi 13 perlawanan, LWN 2024 dijuarai Kelana United FC dengan mengumpul 36 mata mengatasi Sabah (30 mata) di tempat kedua.