Skip to main content

Bola Sepak

Kelab luar tawar hati kerana ragui kecergasan Dembele

dembele.jpg
Ousmane Dembele mungkin mengakhiri spekulasi masa depannya sejak berbulan lalu dengan memuktamadkan dengan menandatangani kontrak baru di Barcelona.

Pemain berusia 24 tahun itu, yang berada di Camp Nou sejak 2017, telah memasuki tahun terakhir kontraknya. 

Walaupun gagal memenuhi jangkaan tinggi sejak dibeli, Barcelona belum mahu mengakhiri jodoh dengan bekas bintang Dortmund itu sambil menaruh harapan pemain berusia 24 tahun tersebut mampu mengembalikan sentuhan terbaiknya. 

Ejennya didakwa menjadi dalang atas penangguhan kontraknya tetapi pemain antarabangsa Perancis itu dilaporkan sudah bersedia untuk meneruskan karier di Camp Nou menerusi kontrak baru sebelum tahun depan, walaupun kononnya menerima tawaran lumayan daripada Bayern Munich dan Newcastle United. 

Bagaimanapun, El Nacional mendedahkan sebaliknya dan Dembele memutuskan untuk kekal di kelab itu kerana tidak menerima sebarang tawaran konkrit dari luar. 

Walaupun tidak dinafikan dia seorang pemain yang berbakat, tiada pihak yang sedia mengambil risiko terhadap kecederaannya selain isu disiplin dan tidak profesionalisme. 

Sejak kembali daripada kecederaan, Dembele -- yang baru melangsungkan perkahwinan -- telah menunjukkan tanda-tanda positif di bawah bimbingan Xavi Hernandez. 

Dia kekal cergas untuk tempoh yang lama dan mendapat minit permainan yang boleh membantu pemain Perancis itu menyalakan semula kariernya di Barcelona.





 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video