Ini susulan ucapan daripada Pep Guardiola yang bepandangan mustahil buat sesebuah pasukan dalam pelbagai jenis sukan untuk konsisten serta mempertahankan kecemerlangan selama 10 tahun berturut-turut.
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) itu menjelaskan walaupun daripada rantau Asia tetapi kecanggihan infrastruktur serta pembanggunan pesat dari masa ke semasa membuktikan pasukannya di landasan kejayaan.
I love this farmers league. This small club from Johor is No.1 in Southeast Asia, No.5 in Asia, has top football infrastructure in Asia, has an AFC accredited club academy. Last but not least, recognised by FIFA, AFC and successful individuals in the world football industry.
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) December 1, 2024
Not… https://t.co/9AwAu40kiK
Malah, perkara itu turut dibuktikan dengan potensi Harimau Selatan yang kini muncul pasukan nombor satu di Asia Tenggara dan kelima di Asia berdasarkan analisis daripada Opta Power Rankings.
"Saya sayang liga petani ini. Kelab kecil dari Johor ini adalah nombor satu di Asia Tenggara, nombor lima di Asia. Mempunyai infrastruktur bola sepak terbaik di Asia, mempunyai akademi bertauliah AFC.
"Akhir sekali, diiktiraf oleh FIFA, AFC dan individu yang berjaya dalam bola sepak dunia. Agak bagus untuk sebuah kelab dari liga petani." katanya di laman X.