Semen Padang bukanlah asing melibatkan kelab Malaysia apabila pernah mengadakan perlawanan bersama PDRM, tahun lalu.
Dan pasukan dari Liga Indonesia itu sekali lagi akan bertemu wakil negara sebagai pramusim bagi persiapan menghadapi kancah musim hadapan.
Penasihatnya, Andre Rosiade, mengesahkan perkembangan tersebut menerusi Instagramnya yang menyaksikan Kabau Sireh itu akan bertembung dua gergasi Liga Super, bermula Julai ini.
Kuala Lumpur (KL) City dan Negeri Sembilan bakal menjadi lawan dalam aksi persahabatan di Malaysia.
Kedua-dua pasukan itu sedang menjalani transisi apabila merekrut beberapa nama besar dan bintang Harimau Malaya bagi memperkuat skuad masing-masing.
Safawi Rasid, Manuel Hidalgo dan Syamer Kutty Abba yang merupakan pemain pinjaman Johor Darul Ta'zim (JDT) sedia menyertai skuad Warga Kota, sementara Luqman Hakim Shamsudin yang kembali semula ke tanah air bergabung dengan Azri Ghani bersama ketua jurulatih, Nidzam Jamil, bagi mempersiap Negeri Sembilan ketika ini.
"Untuk penyokong Semen Padang, pasukan kebanggaan anda akan menjalani latihan di Malaysia dan akan bertemu KL City dan Negeri Sembilan," katanya.