Skip to main content

Bola Sepak

Kelab Cristiano Ronaldo, Al-Nassr terjatuh ke ACL2, bakal bertemu Selangor?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

acl2.jpg
Bekas pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo, bakal bertemu penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim? 

Itulah situasi terkini yang dihadapi oleh Al-Nassr apabila berkemungkinan besar bakal kehilangan slot ke Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) musim depan. 

Awal bulan lalu, skuad kendalian Stefano Pioli tewas kepada gergasi Jepun, Kawasaki Frontale, 2-3 dalam pertemuan separuh akhir ACLE. 

Ketika ini, Al-Nassr sedang menghuni tangga keempat Liga Pro Saudi sambil dihimpit oleh Al-Ahli. 

Umum mengetahui bahawa, pasukan Arab Saudi dari zon Asia Barat menduduki ranking pertama dan memiliki kelebihan untuk bertanding dalam kancah tertinggi Asia itu dengan tiga kelab berpeluang mengisi kekosonga itu. 

 

Berdasarkan carta liga, Al-Nassr akan terlepas tempat tersebut, namun berpeluang untuk menyertai Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) kerana mempunyai satu slot untuk pasukan dari negara itu. 

Sekiranya Al-Nassr konsisten mengumpul kemenangan, tidak mustahil Al-Nassr akan mengulangi pencapaian ke ACLE dengan pungutan mata liga atau kekal di tangga keempat untuk ke ACL2. 

Advertisement

Must Watch Video