Skip to main content

Bola Sepak

Kelab China didenda 30,000 yuan kerana 'sihir' pasukan lawan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bola-sepak.jpg
Kelab divisyen tiga China, Changchun Xidu telah didenda 30,000 yuan (RM17,110) kerana meletakkan 'kertas berunsur sihir' di bilik persalinan lawan sebelum perlawanan.

Insiden itu berlaku menjelang kemenangan 2-0 Changchun Xidu di tempat sendiri ke atas Shanxi Chongde Ronghai pada 28 Jun.

Sebelum sepak mula, Changchun Xidu ditangkap meletakkan kertas sihir di dalam bilik persalinan Shanxi Chongde, lapor South China Morning Post.

Kertas berwarna kuning yang diletakkan di bilik persalinan Shanxi berbunyi, "Dengan perintah empayar, Shanxi Chongde Ronghai akan gagal."

Penggunaan tangkal kertas, yang dikenali sebagai fu dalam bahasa Cina, berakar umbi dalam kepercayaan kerohanian tradisional Cina, selalunya bertujuan untuk membawa nasib baik atau menangkis kejahatan.

Bagaimanapun, ia juga dipercayai membawa malang kepada orang lain apabila disalahgunakan.

Menurut media tempatan, pasukan lain dalam Liga 2 juga telah melaporkan menemui kertas yang serupa di stadium Changchun Xidu.

Selepas 17 pusingan Liga 2, Changchun Xidu berada di tempat kedua dengan 10 kemenangan, empat kalah dan tiga seri, hanya satu mata di belakang pendahulu, Wuxi Wuguo.

Ini bukan kali pertama bola sepak China menjadi tajuk utama untuk percubaan menggunakan cara yang sama untuk mempengaruhi keputusan perlawanan.

Pada 2017, kelab Liga Super China, Henan Jianye, membawa 15 sami Tao untuk melakukan ritual di padang rumah mereka sebelum perlawanan penting menentang Shandong Luneng Taishan.

Pasukan itu menang 2-1 dan mengelak penyingkiran, menamatkan saingan lapan mata di hadapan zon penyingkiran.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video