Skip to main content

Bola Sepak

Kejohanan Piala Dunia Orang Pekak: Turkiye sedia pertahan kejuaraan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

turkiye.jpg
Pasukan bolasepak pekak Turkiye sudah pun bersedia untuk mengekalkan Kejuaraan Piala Dunia Bolasepak Pekak yang pernah dicapai edisi lalu.

Duta Turkiye, Emir Salim Yuksel, meletakkan harapan untuk melihat pasukan negaranya berikan saingan yang sengit sekali gus mempertahankan kejuaraan.

"Kami sangat gembira untuk membuat penyertaan dalam saingan kali ini. Pasukan kami cukup berpengalaman dalam saingan ini dan gembira untuk berada di sini untuk mempertahankan kejuaraan kami," katanya menerusi Nadi Arena.

Sementara itu, Ketua pasukan, Ersin Mert, tidak menyangkal bahawai rakan-sepasukannya bakal memberikan aksi terbaik selepas sudah lama membuat persiapan untuk edisi kali ini.

"Kami telah menjalani lima kem latihan dan telah mempamerkan peningkatan dalam kualiti pasukan ini sejak saingan terdahulu, kami berharap untuk memperoleh keputusan yang dimahukan dan memastikan kejuaraan kekal milik kami," kata Ersin.

Hari yang dinanti sudah pun tiba -- memberikan sokongan kepada skuad bola sepak pekak negara yang akan melakukan debut di kejohanan ini dengan menentang Amerika Syarikat jam 9 malam esok di Stadium KLFA.

Antara lain-lain pertemuan yang turut berlangsung pada hari pertama kejohanan, Turkiye menentang Arab Saudi, Jerman menentang Mesir, Senegal lawan Argentina dan England bertemu Australia.
 

Advertisement

Must Watch Video