Presiden Bolasepak Pekak Kebangsaan, Ong Shin Ruenn, menganggap Malaysia amat bertuah kerana menjadi tuan rumah untuk Kejohanan Bolasepak Pekak Dunia edisi ke-4.
Jelasnya lagi, biarpun negara Malaysia hanya dipandang sekecil kuman oleh negara luar, namun dengan adanya kejohanan sebegini, ia membuka mata negara luar mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang mampu bersaing di peringkat tertinggi bola sepak pekak.
"Kami mendapatkan sokongan daripada Kerajaan Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan untuk menganjurkan kejohanan ini," katanya menerusi Nadi Arena.
"Saya berharap semua dapat hadir memberikan sokongan kepada pasukan negara ketika kejohanan sedang berlangsung."
Selain itu, beliau mengharapkan sokongan rakyat Malaysia agar terus bersama skuad kebangsaan sebagai pemain ke-12.
Skuad kebangsaan akan memulakan saingan menentang Amerika Syarikat Sabtu ini di Stadium Bolasepak Cheras, Kuala Lumpur.