Skip to main content

Bola Sepak

Kejohanan Bolasepak Pekak Dunia: Ketiadaan Mesir, China disambut baik Haris Lajid

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bolasepak-pekak.jpg
Susulan penarikan diri pasukan China dan Mesir menjelang aksi peringkat kumpulan Kejohanan Bolasepak Pekak Dunia yang akan bermula 23 September ini, jurulatih skuad kebangsaan, Haris Lajid, menyambut baik undian yang bakal dilakukan semula pada 18 September.

Sekiranya diberi pilihan, Haris berharap agar kelompok pasukan yang kosong bakal diisi beberapa pasukan dari rantau Asia Tenggara terutama Thailand. 

Ia kerana Malaysia lebih mengetahui kelemahan dan kekuatan pasukan negara Gajah Perang itu.

"Dalam peringkat kumpulan, Mesir telah menarik diri dan pasukan yang bakal mengisi kekosongan itu mungkin diisi oleh Thailand, kemampuan mereka cukup kami kenal dan sedia untuk berdepan mereka," katanya menerusi Nadi Arena.

Penyerang skuad kebangsaan, Qayyum Idlan Shah, pula tidak gusar dengan undian yang bakal dilakukan semula oleh Persatuan Bolasepak Pekak Dunia.

Sebaliknya, dia melontarkan semboyan sedia 'berperang' dengan mana-mana pasukan yang bakal ditemui dalam kejohanan tersebut. 

Skuad bola sepak pekak kebangsaan bakal memulakan saingan menentang Turkiye 23 September ini.

"Saya mengetahui undian harus dilakukan semula. Saya tidak bertemu mana-mana lawan sekalipun, kami sentiasa berdepan mana-mana lawan kerana paling penting adalah menghadirkan corak permainan yang terbaik."

Advertisement

Must Watch Video