Kapten skuad bolasepak pekak negara, Mak Chee Weng, mengakui teruja dapat membantu Malaysia meraih kemenangan sulung di Kejohanan Bolasepak Pekak Dunia 2023 selepas menundukkan Thailand 5-1 semalam.
Lebih manis, jaringan pembukaan Mak pada minit ke-26 jadi pencetus semangat kepada pesta gol Deaf Tigers terutamanya selepas mereka tewas dalam tiga aksi terdahulu.
Chee Weng turut menganggap kemenangan ke atas Thailand membuktikan Malaysia mampu untuk bersaing dengan negara serantau namun masih banyak aspek yang perlu diberikan perhatian untuk kejohanan yang akan datang.
Seterusnya, Malaysia bakal berdepan Cameroon untuk aksi penentuan tempat ke-17 Isnin ini.