Skip to main content

Bola Sepak

Kejohanan Bola Sepak Pekak Wanita Dunia: AS tepati ramalan pertahan kejuaraan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bola-sepak-pekak-wanita-final.jpg
Amerika Syarikat (AS) menepati ramalan bergelar juara Kejohanan Bola Sepak Pekak Wanita Dunia apabila menewaskan Turkiye 3-0 di Cheras, sekali gus mempertahankan gelaran yang dimenangi dalam edisi lalu.

AS membuka jaringan seawal minit ke-10 apabila pertahanan Turkiye, Cucu Merve, terjaring gol ke gawang sendiri.

Skuad bimbingan Joy Lyn Fawcett itu kemudian mempamerkan dominasi penuh dan memperoleh jaringan kedua hasil penyudah Sophie Rose pada minit ke-38.

Turkiya menggandakan asakan dalam usaha merapatkan jurang dalam babak kedua tetapi perkara sebaliknya berlaku apabila AS memperkukuhkan kedudukan hasil sentuhan Emily Cressy pada minit ke-63, sekali gus mengesahkan kejuaraan dalam edisi kali ini.

Dalam pada itu, Senegal muncul pemenang tempat ketiga selepas menewaskan Mesir 2-1.
 

Advertisement

Must Watch Video