Skuad B-19 negara yang diterajui Bojan Hodak akan membuat perhitungan menentukan juara Kejohanan B-18 AFF 2017 selepas menyingkirkan Myanmar 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Thuwunna, Yangon, malam ini.
Aksi separuh akhir itu berkesudahan dengan kedua-dua pasukan buntu untuk menggegar jaring sepanjang 90 minit permainan.
Perlawanan kemudian ditentukan menerusi sepakan penalti tanpa mengadakan masa tambahan.
Penjaga gol negara, Muhammad Azri Ab Ghani, menjadi wira pasukan apabila menepis dua sepakan penalti tuan rumah yang diambil Than Htike Zin dan Aung Wunna Soe, sebelum Muhammad Syaiful Alias tenang membuat sepakan untuk memastikan kemaraan pasukan remaja negara.
Thailand meraih tiket ke final, juga melalui penentuan sepakan penalti, apabila mengecewakan Indonesia 3-2.
Final akan berlangsung pada Ahad ini, dengan kedua-dua pasukan sama handal apabila seri 1-1 dalam pertembungan Kumpulan A sebelum ini.