Perebutan kejuaraan kekal di tangan City walaupun Arsenal mendahului dengan satu mata memandangkan anak buah Guardiola itu memiliki satu perlawanan di dalam tangan untuk memburu mahkota keempat berturut-turut.
Selepas menyambut kunjungan Wolves di Stadium Etihad, mereka akan menghadapi lawatan berturut-turut di London untuk menentang Fulham dan Tottenham, kemudian menjadi tuan rumah kepada West Ham pada hari terakhir.
Guardiola berkata City -- yang dijangka dapat menurunkan khidmat Ederson, Ruben Dias dan Phil Foden -- tidak menganggap pemburuan kali ini akan berlangsung seperti yang lalu.
“Kami perlu membuktikannya esok menentang Wolves dan kemudian dalam perlawanan seterusnya,” kata pengurus kelahiran Sepanyol itu.
An @ErlingHaaland hat-trick last time we met Wolves at the Etihad! ? pic.twitter.com/YBsKYnkCEW
— Manchester City (@ManCity) May 2, 2024
"Kami sedar menang dan merebut kesemua 12 mata yang ditawarkan kerana jika tidak, ia akan menjadi sukar kerana Arsenal begitu ampuh dan begitu tekal. Kami tidak boleh kehilangan mata.
"Ia bergantung kepada kami sendiri. Perjuangan kami bermula esok kemudian tiga perlawanan dalam satu minggu, tiada yang lebih rumit daripada itu untuk dianalisis.
"Saya ingin mengatakan pencapaian pada masa lalu boleh berlaku musim ini tetapi setakat ini tiada siapa yang tahu."