Kapten Manchester City, Vincent Kompany, memuji rakan sepasukannya di atas persembahan hebat tatkala skuad kendalian Pep Guardiola itu menewaskan pendahulu liga, Liverpool, 2-1 di Etihad awal pagi tadi.
City menamatkan rekod tanpa kalah Liverpool di pentas liga musim ini, sekali gus merapatkan diri dengan perbezaan empat mata di belakang The Reds.
Jaringan kemenangan daripada Leroy Sane hadir ketika aksi berbaki 18 minit selepas Roberto Firmino memadamkan gol pendahuluan Sergio Aguero.
Ia merupakan kekalahan pertama The Reds dalam 21 perlawanan dan anak buah Jurgen Klopp itu terlepas peluang untuk menjarakkan 10 mata mengatasi City yang menduduki tangga kedua liga.
Dan Kompany jelas teruja dengan persembahan rakan sepasukannya yang kembali menghidupkan persaingan liga musim 2018/19.
"Saya langsung tidak risaukan keputusan," kata Kompany.
"Saya teruja dengan persembahan pasukan. Kami melakukan perhitungan dengan pasukan yang sangat agresif. Kami menyamai mereka atau mungkin lebih garang.
"Kelebihan masih milik Liverpool tetapi prestasi yang City tampilkan tidak pernah saya bayangkan.
"Ia hadir dari dalam diri, sesuatu yang tidak dapat anda jelaskan. Kami pasukan lebih baik apabila bermain dengan emosi."