Skip to main content

Bola Sepak

Kehadiran Ronaldo bakal beri impak kepada bola sepak Arab Saudi, kata Courtois

cristiano-ronaldo_m97jvuao7v2c1nez1rw6eq13r.jpg
Perpindahan Cristiano Ronaldo menyertai Al Nassr adalah bukti cita-cita Arab Saudi untuk meningkat sebagai sebuah negara bola sepak, kata penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois.

Bintang Portugal, Ronaldo, ditamatkan kontrak dengan Manchester United atas persetujuan bersama sejurus sebelum perlawanan pembukaan Piala Dunia negaranya, memberi lalu untuk dirinya berpindah ke Liga Pro Saudi.

Perpindahan itu menandakan berakhirnya kerjaya cemerlang Ronaldo di Eropah, di mana dia menjulang Liga Juara-Juara sebanyak lima kali dan memenangi Ballon D'Or sebanyak lima kali.

Dengan Ronaldo dilaporkan telah menarik minat kelab-kelab di Eropah dan MLS, Courtois percaya penambahan itu adalah pernyataan niat daripada bola sepak Arab Saudi.

“Perpindahan Cristiano menjelaskan bahawa negara itu mahu meningkatkan sukan bola sepak,” kata Courtois.

"Cristiano memilih untuk berhijrah ke sana adalah keputusannya, tetapi ia menunjukkan bahawa Arab mahu meningkat naik. Mereka telah membawanya untuk memenangi liga."

Pengendali Madrid, Carlo Ancelotti mempunyai pandangan yang sama mengenai perjanjian itu, berkata, "Cristiano telah menjadi pemain yang hebat. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepadanya. Dia adalah legenda kelab kami, seperti [Gareth] Bale, yang bersara semalam. Mereka kekal di hati semua Madridista."
 

 

Advertisement

Must Watch Video