Skip to main content

Bola Sepak

Kehadiran Cheng Hoe mampu beri nilai tambah buat Cklamovski, Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

bola.jpg
Bukan hanya nama Tan Cheng Hoe, jangkaan nama-nama besar akan bersama pasukan bakal berlaku dalam revolusi bola sepak negara. 

Ini pandangan bekas pengurus kebangsaan, Datuk Kamarul Ariffin, merujuk kepada kepulangan semula bekas jurulatih negara, Tan Cheng Hoe ke wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Seiring dengan keputusan penolong jurulatih skuad kebangsaan, Mark Miligan, untuk berundur daripada revolusi skuad negara, kehadiran Cheng Hoe berjaya mengurangkan lompong yang ditinggalkan Miligan.

"Selepas pemergian penolong jurulatih yang menerima tawaran melatih pasukan di Australia, kedatangan Cheng Ho ini adalah hasil fikiran pencetus revolusi itu sendiri.

"Selepas ini mungkin ada beberapa lagi untuk menambah baik pasukan kebangsaan," katanya.

Cheng Hoe kembali ke FAM dengan membawa peranan berbeza, namun pengalaman membimbing pasukan utama selain pemerhatian Cheng Hoe melibatkan skuad rantau ASEAN sebelum ini dijangkakan mampu membantu pasukan dan Peter Cklamovski.

"Dia mengenali hampir keseluruhan pemain yang ada dalam Liga Malaysia, masih memantau prestasi semasa. Perkara ini akan tambah input buat Clamovski yang baru sahaja tiba dan kenal pemain daripada beberapa perlawanan.

"Cheng Hoe pula telah mengenali pemain lama, ia akan menambah input buat jurulatih untuk menyiapkan pasukan untuk persediaan yang lebih baik." tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video