Skip to main content

Bola Sepak

Kedah Darul Aman tebus maruah di laman PDRM FC

ifedayo.jpg
PDRM 0 KEDAH 2 

Kedah Darul Aman FC membalas dendam ke atas kekalahan pada awal musim ini dengan kemenangan 2-0 ke atas PDRM FC di Kelana Jaya, sebentar tadi. 


Ia menyaksikan anak buah Nafuzi Zain itu menamatkan kemarau tiga kemenangan berturut-turut di tempat lawan. 

Selepas 14 minit perlawana berlangsung, Al Hafiz Harun cuba membuka tirai jaringan tapi gagal melepasi kekentalan penjaga gol Sang Saka Biru, Aqil Abdul Razak.
 
Nabil Latpi mempunyai peluang untuk memastikan PDRM di depan tetapi Kalamullah Al Hafiz dapat menghidu percubaan dari jarak dekat pada minit ke-33 itu.

Kedah kembali menyambung perlawanan dengan lebih agresif dan selepas dua minit, Manuel Hidalgo memiliki satu peluang menarik tetapi Aqil ketangkasan sekali lagi menyelamatkan keadaan.




Namun, kekebalannya akhir roboh jua selepas bola dikesan terkena tangan James Okwuosa tatkala berbaki 10 minit perlawanan sebelum disempurnakan penggempur baru Sang Kenari, Ifedayo Olusegun.

Kedah menggandakan kedudukan dalam masa tambahan kecederaan, juga melalui sepakan penalti selepas Lee Tuck dikasari untuk pemain tengah itu tiada masalah menoktahkan kemenangan 2-0.







 

Advertisement

Must Watch Video