Skip to main content

Bola Sepak

KDN FC ikat Mior Dani

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mior-dani.jpg
Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) terus memperkemaskan pasukan dengan mengikat pemain tengah Mior Dani Armin Mior Ariffen bagi menghadapi saingan Liga Super musim ini.

KDN FC dalam satu kenyataan berkata, pemain berkenaan bukanlah asing dengan peminat Kelantan kerana sebelum ini pernah beraksi dengan The Red Warriors (TRW) pada musim 2021.

"Melihat kepada pengalaman luas yang dimiliki oleh Mior Dani, KDN FC yakin dia mampu menjadi nilai tambah buat skuad Sang Kijang Emas," katanya.

Menurut kenyataan itu, Mior Dani akan memakai jersi bernombor 28 dalam saingan musim ini.

Katanya, berkemungkinan besar Mior Dani berpeluang membuat penampilan pertama pada aksi persahabatan pra musim sistem Video Bantuan Pengadil (VAR) menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu pada 3 Mei ini.

Sebelum ini Mior Dani pernah beraksi bersama Sri Pahang dan Kedah.-Sinar

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video