Skip to main content

Bola Sepak

Kawalan ikut zon kelemahan Swansea -- Lascelles

11917jamaal-lascelles.jpg
SWANSEA 0 NEWCASTLE 1

Kapten Newcastle United, Jamaal Lascelles, mengenal pasti corak kawalan mengikut zon sebagai kelemahan Swansea City sebelum meraih kemenangan dalam saingan Liga Perdana Inggeris, semalam.


Lascelles berjaya menanduk masuk gol tunggal perlawanan pada minit ke-76 untuk memberikan kemenangan kedua berturut-turut dalam saingan EPL.

Ia merupakan kali kedua Swansea bolos menerusi sepakan sudut, dengan Lascelles menyertai pertahanan Manchester United, Eric Bailly, menghukum pendekatan skuad kendalian Paul Clement.

Pemain berusia 23 tahun itu mengakui selepas perlawanan bahawa dia bukan seorang yang meminati gaya bertahan dengan kawalan mengikut zon.

"Saya telah bercakap sebelum perlawanan, Swansea menggunakan pendekatan itu dan saya melihat ia sebagai satu kelebihan buat pasukan lawan," kata Lascelles.

"Saya sangat gembira kerana berjaya menanduk masuk hantaran yang dilakukan oleh Matt Ritchie dan kami pulang dengan tiga mata."

Kemenangan Newcastle ini diraih tanpa kelibat pengendali pasukan, Rafa Benitez, yang baru sahaja menjalani pembedahan hernia.

Penolongnya, Francisco de Miguel Moreno, mendedahkan Benitez sering berhubung dengannya sepanjang perlawanan dan memberikan arahan kepada pasukannya.

"Beliau sentiasa berhubung dengan kami sepanjang perlawanan. Selepas perlawanan, Benitez menghubungi kami dan mengucapkan tahniah di atas usaha yang telah kami lakukan."

Advertisement

Must Watch Video