BOLA SEPAK MSIA
Kasut bersejarah final Piala AFF 2010 untuk dijual
Penyerang legenda negara, Safee Sali, sebentar tadi membuka lelongan menjual sepasang kasut bersejarahnya yang dipakai ketika menjuarai Piala AFF 2010.
Menurutnya, kasut berkenaan dipakainya sewaktu final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), di mana dia menjaringkan dua gol untuk Harimau Malaya menewaskan Indonesia 3-0.
"Sekarang ini tiba masa untuk melepaskan kasut istimewa yang saya pakai semasa perlawanan akhir! Ini adalah simbol perjuangan, kebangkitan dan kejayaan.
Iklan
"Kini, ia untuk anda semua, peminat saya. Tawaran tertinggi akan mendapat peluang memiliki sebahagian daripada sejarah yang telah tercipta sepanjang bersama kasut istimewa ini, terutama ketika final AFF 2010 menentang Indonesia di Stadium Bukit Jalil," katanya dalam kiriman media sosial berkenaan.
Tempoh bidaan akan ditutup pada jam 10 malam ini dan bidaan tertinggi setakat ini berjumlah RM2,000.
Sebagai rekod, Malaysia menjuarai Piala AFF 2010 dengan kemenangan 4-2 ke atas Indonesia, di mana Safee turut dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Kasut emas kejohanan berkenaan.
Must-Watch Video