Skip to main content

Bola Sepak

Karim Benzema cetus resah Real Madrid

benzema.jpg
REAL MADRID 3 REAL MALLORCA 0 

Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti, mengetepikan kebimbangan terhadap Karim Benzema selepas penggempur Perancis itu kelihatan tercedera sejurus menjaringkan gol keduanya dalam kemenangan 3-0 ke atas Real Mallorca.


Benzema meledak dua gol dalam tempoh lima minit separuh masa kedua untuk meletakkan tuan rumah dalam kawalan, awal pagi tadi, tetapi dia mula kelihatan tidak begitu selesa ketika meraikan jaringan ketiga Los Blancos.

Kemudian pada minit ke-85, Benzema dikeluarkan selepas mengadu masalah di bahagian betisnya lalu memaksa Madrid menghabiskan perlawanan dengan 10 pemain memandangkan mereka telah menggunakan lima pertukaran yang dibenarkan.

Dua gol itu menjadikan koleksi jaringan Benzema musim ini kepada 22 gol dalam 25 perlawanan LaLiga, tetapi Ancelotti enggan panik sambil mengakui mereka mengambil pendekatan tunggu dan lihat kerana tidak menjangkakan ia sesuatu yang serius.


 

Ia menjadi kebimbangan dan boleh menjadi satu tamparan hebat buat Madrid menjelang pertembungan 'El Clasico', Isnin depan. 

“Kami perlu menilai keadaannya dalam beberapa hari akan datang -– ia kelihatan tidak begitu serius,” kata Ancelotti.

"Karim berasa tidak sedap hati selepas melompat -– kami perlu tunggu hingga esok untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut."

Real Madrid kini 10 mata di hadapan pencabar terdekat, Sevilla, tetapi akan berdepan ujian serius untuk merampas trofi LaLiga apabila berkunjung ke Barcelona yang semakin menyerlah di bawah tunjuk ajar Xavi. 

Advertisement

Must Watch Video