Skip to main content

Bola Sepak

Kapten bola sepak wanita negara, Steffi Sidhu tegur siapa?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

steffi.jpg
Bekas pemain Kelana United, Steffi Sidhu, menegur segelintir pemain muda wanita mengenai sikap yang perlu dielakkan dalam sesebuah pasukan. 

Perkara ini timbul selepas melihat kelakuan bintang Barcelona, Lamine Yamal, yang menonjolkan sisi negatif ketika Sepanyol tewas kepada Portugal dalam Liga Negara-Negara Eropah (UNL), minggu lalu. 

Peminat meluahkan rasa kecewa apabila pemain berusia 17 tahun itu tidak menunjukkan perangai terpuji walhal masih muda dan karier dalam bola sepaknya semakin panjang. 

Kapten Malayan Tigress juga tidak ketinggalan memberi peringatan kepada pemain muda wanita negara untuk tidak meninggi diri.

 

"Begitu juga dengan beberapa pemain muda di Malaysia. Begitu banyak sikap dan tidak menghormati pemain senior," katanya di X. 

Steffi bersama skuad kendalian Joel Cornelli baru selesai menghadapi kejohanan siri Jelajah Tri-Nation di Bhutan sebagai persiapan menghadapi Kelayakan Piala Asia Wanita.

Advertisement

Must Watch Video