Pemain bola sepak kebangsaan wanita, Waitie Taming, mahu membuktikan kredibiliti sebenar demi merebut kesebelasan utama Pasukan Sabah menjelang kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak yang akan bermula 17 Ogos ini.
Meskipun tidak menjalani latihan bersama skuad Negeri Di Bawah Bayu itu, Waitie tetap mempamerkan prestasi membanggakan bersama pasukannya, Kelana United, yang sedang beraksi di Liga Wanita Nasional (LWN).
Ketika ini, Waitie sedang giat melakukan persiapan tambahan sebagai tonik terbaik sebelum bersamam Sabah demi menghadirkan kilauan pingat emas buat negeri kelahirannya itu.
Najmi Iman
Thu Aug 08 2024