Skip to main content

Bola Sepak

Kane tuntut kapten kebangsaan giat seru mesej kemanusiaan

kane.jpg
Ketua pasukan England, Harry Kane, menggesa setiap rakan sejawatannya di kem kebangsaan mampu memainkan peranan lebih besar tentang mesej berbentuk kemanusiaan. 

Tuan rumah Piala Dunia 2022, Qatar, dikritik hebat menjelang temasya November depan itu berikutan pendedahan mengenai pengabaian mereka terhadap pekerja asing dalam misi menjayakan penganjurannya.

Lantas, Kane menyeru usaha itu terus dipergiatkan dan sebagai pemain khususnya kapten negara, mereka boleh memainkan peranan lebih penting menjelang pertemuan ujian dengan Switzerland, Ahad ini. 

"Sebagai pemain, kami tidak boleh memilih di mana Piala Dunia ini akan berlangsung. Tetapi apa yang boleh dilakukannya ialah membangkitkan isu-isu penting yang mungkin sukar didedahkan sekiranya Piala Dunia ini tidak dianjurkan," katanya 

"Kami perlu cuba menghulurkan bantuan sebanyak mungkin untuk memahami isu dan situasi ini. Kami bukan pakar dalam bidang ini tetapi seperti biasa, kami cuba membantu dalam apa jua cara, kami perlu memanfaatkan pelantar yang ada untuk membantu dalam pelbagai cara.

"Saya difahamkan setakat ini sudah ada beberapa kemajuan dalam isu-isu tertentu di negara penganjur ini. Apa yang saya harapkan ialah dengan adanya Piala Dunia di sana selain penerangan mengenai negara ini, ia dapat membantu beberapa isu yang berlaku selama ini. Ia mengambil masa yang panjang. 

"Ada beberapa kapten pasukan kebangsaan lain dalam pasukan saya di Tottenham, mungkin saya akan bercakap dengan mereka untuk melihat sama ada kami boleh bersatu dalam apa yang kami cuba lakukan dan sampaikan. 

“Ia sesuatu yang saya dan beberapa pemain senior dalam pasukan ini cuba capai dalam beberapa bulan akan datang.

"Masih banyak usaha yang perlu dilakukan. Tetapi diharapkan kami semua mampu menawarkan perubahan berlandaskan pelantar yang kami ada ketika ini."

   

Advertisement

Must Watch Video